1. PENDAFTARAN/KEMASUKAN
1.1 Pelajar dikehendaki berjumpa dengan pihak penguasa tadbir madrasah bagi mendapat keizinan.
1.2 Pelajar baru diberi tempoh selama 40 hari untuk penyesuaian dengan sistem pembelajan di pondok sebelum diberikan kebenaran untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.
1.3 Pelajar mestilah bersih daripada sebarang masalah jenayah terutama dadah dan kes polis
1.4 Had umur ialah 13 tahun ke atas tetapi digalakkan atas 15 tahun
1.5 Paling minima waktu belajar ialah 2 bulan bagi pelajar sementara
2. KEWANGAN DAN YURAN
2.1 Semua pelajar mestilah mendaftarkan diri kepada pihak madrasah di pejabat dengan mengisi borang yang telah disediakan dan menjelaskan yuran sebagaimana berikut:
a. Pendaftaran masuk : RM 20.00
c. Yuran bulanan madrasah : RM 10.00
d. Yuran tahunan madrasah : RM 120. 00
e. Pelajar juga diwajibkan membayar yuran yang dikenakan oleh pihak kawasan yang dihuni terutama air dan elektrik
3. PENGAJIAN
3.1 Penggal pengajian yang baru bermula daripada 16 Syawal setiap tahun
3.2 Cuti penggal telah ditetapkan sebagaimana berikut :
a. Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
b. Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
c. Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal .
3.3 Jika kembali atau datang sebelum atau selepas masa – masa yang telah ditetapkan. Hendaklah memberitahu tuan guru sebab – sebabnya dengan bertulis atau lainnya .
3.4 Semua pelajar di wajibkan mempelajari sekurang – kurangnya 8 buah kitab yang diajar di madrasah ini setiap hari .
3.5 Pelajar – pelajar baru dan yang berkenaan diwajibkan untuk :
a. Hadir menghafal di madrasah Tuan Guru Haji Abdul Aziz bermula jam ( 9.30 ) malam sehingga jam ( 10.30 ) setiap malam kecuali pada malam Jumaat.
b. Hadir tasmi’ ( memperdengarkan apa yang di hafaz ) di hadapan tuan guru di Madrasah Ytuan Guru Haji Mustafa pada tiap – tiap pagi selepas solat subuh kecuali pagi Jumaat.
4. KELUAR MASUK
4.1 Para pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan madrasah kecuali setelah mendapat keizinan daripada pihak madrasah.
4.2 Pelajar – pelajar tidak di benarkan pulang ke kampung kecuali pada petang Khamis dan hadir semula selewat – lewatnya jam ( 6.00 ) petang hari Jumaat serta hendaklah mendapat surat izin daripada penguasa madrasah atau penasihat atau pengarah Lujnah Perhubungan atau pengarah Lujnah Keselamatan dan melapor diri ketika keluar dan kembali di pejabat atau pusat keselamatan .
4.3 Jika berlaku kelewatan kembali ke madrasah hendaklah di nyatakan sebab – sebabnya kepada petugas pejabat/ pusat kawalan tindakan lanjut.
4.4 Para pelajar tidak di benarkan menghadiri rapat –rapat umum seperti forum, ceramah dan yang seumpama dengannya samada berbentuk politik atau lainnya di luar kawasan madrasah melainkan setelah diumumkan keizinan penguasa madrasah.
4.5 Pelajar –pelajar tidak dibenarkan menerima jemputan kerja atau majlis di luar kawasan madrasah melainkan setelah mendapat kebenaran dari madrasah (dikecualikan dari prosedur lapor diri bagi pelajar yang keluar ke majlis bersama – sama tuan guru / penguasa).
4.6 Sesiapa sahaja yang bekerja atau belajar di luar kawasan madrasah tanpa kebenaran pihak penguasa tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan madrasah .
4.7 Tidak dibenarkan sama sekali pelajar –pelajar atau penghuni madrasah ini membenarkan atau menerima pelajar luar samada menumpang atau menduduki pondok mereka.
4.8 Seluruh lapisan pelajar tidak di benarkan belajar atau mengajar di luar kawasan madrasah melainkan setelah mendapat kebenaran dari pihak penguasa mereka.
4.9 Dilarang samasekali membenarkan budak – budak kampung naik ke pondok para pelajar melainkan untuk belajar agama.
4.10 Para pelajar mestilah berada di pondok masing – masing ( kecuali pada masa kuliah ) antara jam 9.30 malam hingga Subuh melainkan petugas keselamatan.
5. KEBERSIHAN
5.1 Para pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, pondok serta persekitarannya setiap masa.
5.2 Mana –mana pondok / kawasan persekitaran yang kotor akan diambil tindakan
5.3 Para pelajar wajib menyertai gotong-royong samada atas arahan madrasah atau kawasan
6. PERIBADI PELAJAR
6.1Pakaian
1. Para pelajar digalakkan berjubah atau diwajibkan memakai baju melayu / kemeja tangan panjang atau yang seumpama dengannya dan sebaiknya berwarna putih pada masa – masa berikut:
a. menghadiri kuliah atau kelas – kelas pengajian.
b. menghadiri perhimpunan anjuran madrasah.
c. Ke kampung jiran yang berhampiran
2. Tidak di benarkan berseluar kecuali :
a. dalam perjalanan ke luar negeri Kelantan.
b. bekerja dalam kawasan madrasah berserta dengan kopiah putih.
3. Ditegah berbaju batik, memakai t-shirt yang bergambar dan berpakaian ala barat
4. di larang memakai cincin suasa.lebih – lebih lagi emas dan menyimpan kuku panjang.
5. Tidak dibenarkan berambut panjang lebih dari satu inci atau berfesyen.
6. Memakai topi keledar adalah ditegah sama sekali didalam kawasan madrasah, sebaliknya pemakaian serban bagi penunggang-penunggang motosikal adalah diwajibkan.
6.2 Peralatan
1. Kamera tidak dibenarkan penggunaannya samasekali
2. Dilarang menggunakan radio kecuali:
a. Pihak penguasa
b. Guru yang dilantik dan diakui kebolehannya oleh pihak penguasa dan hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu.
3. Bagi pengunaan kaset hendaklah mengikut syarat dan masa berikut:
a. tidak mengunakan wayar telinga
b. pada petang Khamis dan malam Jumaat sahaja
4. Sebarang alat permainan dilarang samasekali
6.3 Akhlak
1. Merokok adalah dilarang samasekali.
2. Tidak dibenar bertandang ke pondok pelajar-pelajar lain lebih daripada 10 minit.
3. Para pelajar hendaklah meraikan dan menghormati tetamu/ orang-orang luar yang datang mengunjungi madrasah ini.
4. Tidak dibenarkan menunggang basikal/ motosikal tanpa urusan.
5. Tidak dibenarkan duduk berbual-bual di kedai-kedai apatah lagi menonton televisyen
6. Para pelajar tidak dibenarkan mengguna telaga yang berhampiran dengan masjid atau madrasah pada waktu-waktu sembahyang atau kuliah dan tidak dibenarkan menggunakan telaga orang kampung.
7. Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menganggu ketenteraman penuntut lain samada melalui perkataan, perbuatan atau lain-lain.
8. Di larang keras mana-mana cubaan untuk menimbulkan suasana perbalahan / sentimen anak negeri di kalangan pelajar.
6.4 Ibadat
1. Pelajar-pelajar diwajibkan sembahyang berjemaah di masjid/ madrasah pada setiap waktu .
2. Tidak dibenarkan para pelajar meninggalkan tempat sembahyang melainkan setelah selesai wirid dan doa setiap kali solat berjemaah di masjid/ madrasah.
3. Mestilah menghadiri majlis membaca yasin di masjid/ madrasah pada setiap malam Jumaat dan Selasa