Analisis hadis kelebihan ibadah korban
Dr Mohd Khafidz Soroni Antara perkara sunat yang digalakkan bagi orang yang hendak berkorban ialah memilih binatang korban yang besar dan terbaik. Diriwayatkan kelebihannya, haiwan korban itu akan menjadi tunggangannya untuk melintas titian sirat di akhirat kelak. Ini berdasarkan hadis: “Besarkanlah binatang korban kamu sekalian kerana sesungguhnya ia adalah tunggangan kamu sekalian di atas…