Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

 

Hari ini dunia menyaksikan sendiri kejahatan bangsa Yahudi yang menubuhkan negara haram Israel di atas tanah Palestin dan melakukan kezaliman terhadap mereka daripada segala sudut. Mereka tidak langsung menghiraukan arahan undang-undang dunia membabitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Bagi mereka, Israel lebih berkuasa daripada segala-galanya khususnya apabila mereka mendapat payung keamanan daripada rakan sekutunya, Amerika Syarikat (AS). Segala yang dilakukan oleh Israel mendapat sokongan sepenuhnya daripada sekutunya itu walaupun dunia mengecam perbuatan menzalimi rakyat Palestin.

Amat menyedihkan dunia, setakat hari ini Israel membunuh rakyat Palestin seramai lebih 65,000 orang manakala 170,000 orang cedera parah akibat serangan tidak berasas ke atas Gaza. Perbuatan mereka ini mengakibatkan 1.3 juta rakyat Palestin berada pada paras kebuluran kerana tindakan rejim ganas mengepung Gaza daripada berhubung dengan negara luar bagi mendapatkan bantuan.

Tidak cukup dengan itu, setiap hari dunia melihat dan menonton kezaliman Israel yang menindas 2.3 juta rakyat Palestin dari pelbagai arah tanpa belas kasihan. Dunia tidak dapat menghulurkan bantuan kerana rakyat Palestin dikepung dengan cara amat zalim sehingga tiada siapa yang mampu masuk ke negara itu khususnya Gaza. Perkara ini dapat dibuktikan apabila sahabat kita dari seluruh dunia termasuk Malaysia bergabung dalam misi Global Sumud Flotilla yang ada ditangkap oleh tentera Israel. Sikap tidak peri kemanusiaan Israel ini amat biadab dan tidak menghormati hak asasi manusia.

Bagi umat Islam, sikap kejam Yahudi ini tidak pelik kerana kita telah dijelaskan oleh al-Quran tidak kurang 13 ayat daripada surah berbeza tentang kejahatan mereka hingga dilaknat Allah SWT hingga ke hari kiamat. Antara kejahatan Yahudi yang dilakarkan oleh al-Quran adalah seperti berikut:PlayNextMute

 

1. Tamak terhadap kehidupan dunia hingga sanggup menzalimi pihak lain. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 96 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya engkau akan dapati mereka (bangsa Yahudi) adalah manusia yang paling tamak terhadap kehidupan dunia.”

Yahudi Zionis berusaha sedaya upaya menguasai sektor kewangan dunia, bank antarabangsa, pasaran saham, media, hiburan, ketenteraan dan banyak sektor lain. Bagi mereka, semua ini akan menyebabkan Israel terus kebal daripada kecaman dunia dan perkara ini boleh diperhalusi daripada ucapan Perdana Menteri negara haram Israel itu pada Persidangan PBB 2025 baru-baru ini. Kezaliman Israel tidak akan berakhir selagi negara Islam tidak bersatu menjatuhkan kuasa Israel dalam semua aspek kehidupan.

2. Bangsa Yahudi dikenali sebagai bangsa yang banyak mengubah dan memutarbelitkan fakta sejarah. Ini dibuktikan daripada firman Allah SWT dalam al-Quran Surah an-Nisa ayat 46 yang bermaksud: “Mereka memutarbelitkan perkataan daripada tempat yang sebenar.”

Israel hari ini banyak mengubah fakta sejarah Palestin, menukar nama bumi Palestin, menafikan hak penduduk asal serta memanipulasi media antarabangsa.

3. Keangkuhan kerana beranggapan Yahudi adalah bangsa terpilih dan mulia daripada bangsa lain. Perkara ini dilakarkan Ilahi menerusi firman-Nya dalam Surah al-Maidah ayat 18 yang bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani berkata, kami adalah anak Allah serta kekasih-Nya…”. Ideologi Zionisme meletakkan bangsa Yahudi sebagai chosen people yang membawa erti mereka adalah lebih mulia berbanding bangsa lain hingga penindasan ke atas rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada jihad Yahudi dalam memperjuangkan hak.

4. Yahudi adalah bangsa yang sentiasa mungkir janji. Ia dapat dibuktikan menerusi firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 155 yang bermaksud: “Maka disebabkan mereka memungkiri perjanjian, Kami (Allah) melaknat mereka…”

Maka, tidak pelik pada hari ini Israel berulang kali melanggar resolusi PBB, perjanjian damai Oslo dan gencatan senjata serta banyak lagi penipuan mereka tanpa rasa bersalah.

5. Yahudi adalah bangsa yang sentiasa melakukan kezaliman dan pertumpahan darah sejak zaman-berzaman. Firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran ayat 21 yang bermaksud: “… mereka membunuh nabi-nabi tanpa rasa bersalah dan kebenaran…”

Sekiranya para nabi dibunuh oleh bangsa ini maka tidak pelik pada hari ini pembunuhan terhadap kanak-kanak, wanita dan orang awam di Palestin tanpa rasa bersalah seolah-olah nyawa bangsa lain tidak bernilai.

6. Yahudi adalah bangsa yang kuat bermusuhan dengan bangsa lain khususnya umat Islam. Al-Quran menerusi Surah al-Maidah ayat 82 yang bermaksud: “Engkau akan dapati orang Yahudi adalah musuh yang paling keras permusuhannya terhadap orang yang beriman…”

Jika diperhatikan daripada penjelasan al-Quran tentang sikap Yahudi, maka amat sukar untuk mengubah DNA dan perwatakan mereka yang sudah ribuan tahun begitu. Perkara yang boleh kita lakukan bersama ialah:

Pertama, menekan pemimpin dunia supaya bersatu hati memastikan gencatan senjata oleh Zionis terhadap Palestin dipraktikkan dengan segera. Jika semua pihak masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan, kezaliman ke atas Palestin akan terus berlaku tanpa penghujung.

Kedua, menekan pemimpin dunia khususnya negara Arab di sekeliling Palestin supaya berusaha membuka sempadan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Ketiga, menekan pemimpin dunia supaya membantu Palestin dimerdekakan sepenuhnya daripada kezaliman Zionis. Kekerasan terhadap Zionis perlu diambil segera supaya mereka takut untuk menekan bangsa lain.

Keempat, negara Islam khususnya Arab perlu bersatu dan ketepikan kepentingan peribadi kerana dengan perpaduan itu akan menyebabkan Israel dan AS takut untuk menzalimi rakyat Palestin. Sekadar laungan di jalanan tidak memberi apa-apa kesan jika tindakan daripada pemimpin negara Islam masih tidak dapat diputuskan dalam isu menjatuhkan kesombongan Israel pada hari ini.

Kelima, negara Islam perlu perkukuhkan ekonomi masing-masing tanpa bergantung harap dengan kuasa besar seperti AS. Apabila semua bergantung harap dengan AS, akan menyukarkan negara Islam untuk membangun. Itu sebabnya Nabi SAW setelah mentadbir Madinah, baginda memperkukuhkan ekonomi umat Islam tanpa bergantung harap dengan Yahudi sehingga menyebabkan ekonomi Yahudi di negara Islam pertama itu runtuh dan terpaksa berpindah ke tempat lain. Inilah yang menyebabkan bangsa Yahudi berdendam kepada kepemimpinan Nabi SAW hingga ke hari ini.

By al-bakriah.com

Pondok Pasir Tumboh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *