Syarat & Yuran

Syarat & Yuran

Syarat Kemasukan

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan di mana dihadkan bilangan 50 orang lelaki dan 20 orang pelajar perempuan dalam satu-satu masa

4.    Bagi pelajar muslimin/muslimat disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

5.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

6.    Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa

7. Lulus temuduga kemasukan oleh ahli jawatankuasa khas semasa proses pendaftaran masuk

7. Mendapat keizinan untuk belajar selepas selesai proses pendaftaran daripada Tuan Mudir madrasah atau pun timbalannya

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

 

1.     Tempat tinggal akan diuruskan oleh pihak pejabat bagi pelajar bujang manakala kelamin dan dewasa kena urus sendiri

2.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00 , serta yuran bulanan RM10.00 (setahun RM120.00). Jika kelamin dan warga emas RM 60.00 setahun

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan membawa surat urine test bebas dadah ketika mendaftar diri (lelaki sahaja)

 

Kategori pelajar dan had umur

Madrasah ini menerima pelajar dalam beberapa kategori iaitu

1. Pelajar tetap samada muslimin dan muslimat bujang

2. Pelajar Sementara samada muslimin dan muslimat bujang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa dan pensyarah IPT serta umum daripada kalangan yang telah bekerja tetapi memohon cuti sementara (terhad 50 lelaki dan 20 perempuan dalam satu-satu masa)

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang terutama pagi, petang dan malam)

Had umur

1. Pelajar tetap mesti berumur 13 tahun ke atas dengan syarat pelajar berumur 13 hingga 15 hanya diterima apabila mempunyai penjamin dari kalangan pelajar lama yang mampu menjaganya

2. Pelajar berumur atas 20 tahun ke atas turut diterima jika memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan

3. Warga emas terutama kalangan mereka yang pencen turut diterima belajar selagi mereka mampu berdikari tanpa perlu kepada bantuan penghuni lain untuk makan minum dan belajar

Yuran masuk dan tahunan

Semua pelajar  mestilah  mendaftarkan  diri  kepada pihak madrasah  di pejabat dengan mengisi borang yang  telah disediakan dan menjelaskan yuran  sebagaimana berikut:

1. Pelajar tetap (bujang)

a. Yuran pendaftaran RM 20.00

b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (setahun RM 120.00)

2. Pelajar Sementara (bujang)

a. Yuran pendaftaran RM 20.00

b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (paling minima 2 bulan iaitu RM 20.00)

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas

a. Yuran pendaftaran RM 10.00

b. Yuran bulanan RM 5.00 sebulan (setahun RM 60.00)

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang)

–          Percuma tanpa perlu membayar yuran wajib cuma digalakkan untuk memberi sumbangan

Lain-lain bayaran

  1. Pelajar juga diwajibkan membayar yuran yang dikenakan oleh pihak kawasan yang dihuni  terutama air dan elektrik biasanya RM 15 sebulan
  2. Ada pelajar yang duduk di kawasan yang perlu dibayar sewa tanah RM 15 sebulan
  3. Kebanyakan pelajar muslimin tiada dikena sewa pondok kerana wakaf
  4. Pelajar muslimat , kelamin dan warga emas ada tambahan bayaran mengikut pondok atau rumah sewa yang dihuni

Penginapan dan makan minum

Bayaran Penempatan

  1. Pondok wakaf (kebanyakan pelajar bujang tinggal di pondok wakaf)

a. Percuma untuk tempat tinggal Cuma wajib baiki kerosakan sendiri

b. Elektrik bulanan biasanya RM 10.00

c. Air bulanan biasanya RM 3.00

2. Asrama

a. Yuran asrama mengikut ketetapan pihak pengurusan

b. Yuran makan minum

c. Elektrik dan air biasanya RM 15.00 sebulan

3. Pondok sewa (pasangan kelamin dan warga emas tinggal di pondok sewa)

a. Mengikut kadar sewa yang ditetapkan oleh pemilik pondok

b. Elektrik dan air mengikut bil semasa

Makan Minum dan Pembelian Kitab

– Pembiayaan makan  minum dan pembelian kitab adalah tanggungan sendiri. Pelajar dan warga pondok diberi pilihan samada memasak sendiri atau membeli makan di kedai sekitar kawasan pondok