KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 110 surah al-Baqarah :

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ‎﴿١١٠﴾

Maksudnya: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya selepas berjaya menjalani tarbiah puasa Ramadhan. Sebagaimana di bulan Ramadhan kita diminta menjadikannya sebagai bulan ibadat begitulah bila menyambut hari raya wajib dijadikan hari ibadat hindari maksiat.

Saidina Ali menjelaskan hakikat hari raya: “Hari raya adalah untuk orang yang diterima puasa dan ibadahnya, hari raya juga untuk orang yang diampunkan dosanya, disyukuri usahanya dan diterima amalannya. Hari ini hari raya dan esok juga hari raya bagi kami. Mana-mana hari yang tiada kemaksiatan terhadap Allah maka itulah hari raya.”

Ibn al-Jauzi menjelaskan: “Hari raya itu bukan seseorang yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, juga bukan tangan yang jahat mengambil makanan, tetapi hakikat hari raya itu sesiapa yang memakai pakaian taubat dari segala maksiat.”

Abu Mansur al-Syirazi, pula menukilkan: “Hari raya itu bukanlah untuk orang yang tenggelam dengan nikmat dunia, tetapi hari raya hari seseorang itu mendapat pengampunan.”

Imam Hasan Bashri berkata, : “Setiap hari yang tidak digunakan untuk maksiat kepada ALLAH adalah hari raya. Setiap hari yang digunakan untuk taat kepada ALLAH, berzikir dan bersyukur kepada-Nya adalah hari raya.”

Ibn Rajab al-Hanbali menggambarkan maksud hari raya yang sebenar : “Malam hari raya hakikatnya ialah pengampunan dan perlepasan seseorang hamba dari api nereka, sesiapa yang mencapai tahap ini maka dirinya layak untuk berhari raya, jika tidak dirinya layak dicampak sejauh-jauhnya dari rahmat Allah.”

Keadaan berbeza di dunia apatah di akhirat nanti antara orang menyambut raya dengan amalan berpahala dengan orang yang mencemarkan raya dengan dosa seperti pergaulan bebas, mendedah aurat, hiburan melampau

قَالَ الرَّسُوْلُ  :الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ-رواه مسلم

Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia

قَالَ الرَّسُوْلُ  :الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ-رواه أحمد

Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.

Jelasnya, orang yang berbuat baik akan selalu tenang; sedangkan orang yang berdosa selalu dirundung oleh rasa curiga terhadap semua peristiwa, semua aktiviti maksiat dan sikap yang terjadi

 

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا -رواه الطبراني

Maksudnya : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh

Tarbiah Ramadhan akan nampak kesan positifnya bila kita benar-benar melaksanakannya penuh keikhlasan akan menyuburkan peribadi yang kuat ikatan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Melahirkan umat yang mengambil berat tentang masalah dan penderitaan saudara yang lain. Hilang sifat penting diri sendiri apatah lagi merampas hak orang lain. Hasil tarbiah Ramadhan bukan sahaja beri kesan pada individu malah keluarga, Masyarakat seterusnya negara

Imam Fakhruddin Al Razi  telah menukilkan bahawa Dunia ini termasuk sesebuah negara menjadi cantik seperti taman bunga dengan syarat mempunyai 5 perkara iaitu : [1] Ilmu para ulama ( عِلمُ العُلَمَاء) [2] Pemimpin yang adil                     (عَدلُ الأُمَرَاء  ) [3] Ibadah ahli ibadah (عِبَادَةُ العِبَاد ) [4] Peniaga yang amanah                (أَمَانَةُ التُجَّار  ) [6] Nasihat golongan profesional (نَِصِيحَةُ المُحتَرِفِين )

Namun negara atau masyarakat  juga boleh rosak dengan 5 perkara yang wajib dihindari iaitu [1] Ulamak yang hasad (حَسَدُ العُلَمَاء ) [2]  Pemimpin yang jahat      ( جَورُالأُمَرَاء ) [3] Ahli ibadah yang riak (  رِيَاءُ العِبَاد ) [4] Para peniaga yang khianat              ( خِيَانَة التُجَّار  ) [5] Profesional yang menipu (غِشُّ المُحتَرِفِين  )

Ibadat dalam Islam mentarbiah individu bukan sahaja untuk kebaikan individu sahaja malah memberi kesan kepada Masyarakat dan negara. Begitulah hukuman Islam bukan sahaja untuk mengadili pesalah malah menyekat kerosakan dalam Masyarakat dan negara. Jangan terpengaruh dengan dakyah Yahudi dan liberal yang memomokkan bahawa ibadat khas untuk individu samada dia mahu solat, puasa, tutup aurat dan sebagainya, itu hak pilihannya di mana negara tidak boleh mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang meninggal kewajipan agama atau melanggar larangan agama.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

قَالَ الرَّسُوْلُ  :كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ-رواه الحاكم

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.”

Pada hari ini kita bergembira menyambut raya bersama keluarga tercinta dengan pakaian baru dan indah. Suasana lebih gembira bakal kita sambut dalam Syurga Allah dengan syarat ibubapa wajib menjadi teladan yang baik dalam membentuk akhlak anak soleh. Tugas ibubapa bukan sekadar memberi makan, minum dan pakaian kerana harimau yang garang pun dapat buat perkara itu. Sebaliknya ibubapa wajib mendidik dan mentarbiah anak agar kita tidak menjadi ibubapa yang mandul sebagaimana disifatkan oleh nabi s.a.w iaitu hanya mempunyai anak ramai tetapi derhaka. Ingatlah bila kita kematian ibubapa  maka kita bukan setakat sedih kerana kehilangan ibubapa sebaliknya kita terputus doa berharga daripada keduanya. Oleh itu berbaktilah ketika ibubapa masih ada dan teruslah panjat doa rahmat Allah dan keampunan selepas ibubapa telah tiada

Kita hidup zaman teknolgi maklumat di mana Media sosial kini seolah-olah menjadi ‘guru’ utama. Platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube bukan lagi sekadar medium hiburan, tetapi telah berubah menjadi sumber maklumat, pembentukan identiti serta medan pengaruh yang kuat terhadap cara berfikir dan bertindak. Media sosial menjadi pintu masuk kepada rosaknya Aqidah, runtuhnya akhlak bila tidak dikawal

Oleh itu perlu kesungguhan dalam membentuk jatidiri remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan norma tidak sihat. Di sekolah, subjek Pendidikan Islam dan Moral jangan hanya diajar secara hafalan dan berorientasikan teori semata-mata tanpa penghayatan yang mendalam. Nilai-nilai murni tidak seharusnya hanya disampaikan dalam bentuk kata-kata, tetapi perlu ditunjukkan melalui teladan, dihidupkan dalam aktiviti harian, serta diamalkan dalam setiap aspek kehidupan pelajar. Guru berperanan sebagai peribadi yang menjadi contoh kepada pelajar, bukan sekadar hanya penyampai sukatan Pelajaran. Kebebasan dalam mendidik dan mentarbiah pelajar wajar dikembalikan kepada guru agar lahirnya pelajar cemerlang akademik dam akhlak. Sebagaimana Imam al-Ghazali mengatakan : “Pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik”

Kerajaan pula wajib berusaha mengawal kemudahan teknologi agar tidak disalahguna disamping tindakan undang-undang yang dapat mencegah daripada merebak penyakit yang menggugat keamanan

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am :

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٠٨﴾

Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Isu panas tular di media sosial sepanjang Ramadhan tahun ini di mana gambar kaki seorang lelaki memijak al-Quran dan tangkap layar wajib diambil berat dan serius oleh semua pihak.  Ia berlaku di Pahang diikuti yang terbaru di Sabah. Apabila Al-Quran dipijak, maka yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Kita menyokong penuh sebarang usaha dalam menghukum penghina al-Quran. Perbuatan menghina al-Quran perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada walaupun pelaku sudah memohon maaf. Perbuatan itu jelas mempunyai unsur mempersendakan dan berbahaya jika tidak ditangani secara tegas. Perbuatan membiarkan tanpa tindakan dinormalisasikan, ia dibimbangi boleh menjadi ikutan kepada orang lain. Fenomena menghina, memperlaku, kemudian meminta maaf dan tanpa didakwa, ditakuti meneruskan budaya menghina agama, kemudian meminta maaf sehingga Masyarakat merasakan kelihatan main-main dengan isu agama.  Pihak pemegang amanah undang-undang wajib laksana tuntutan undang-undang.

Kata Buya Hamka, “jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”

Kita sebagai umat yang bermaruah wajib mengagungkan al-Quran dengan sentiasa membaca, memahami seterusnya melaksakan tuntutan Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosia dan sebagainya. Mulia dan berjayanya umat Islam bergantung kepada sebanyak mana hubungan dan pengamalan kita kepada panduan al-Quran. HInanya umat dunia akhirat bila menjauhi dan tidak melaksana tuntutan al-Quran

قَالَ الرَّسُوْلُ  :إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ – رواه مسلم

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seseorang (sesuatu kaum itu) dengan kitab ini (iaitu al-Qur’an) dan merendahkan yang lain dengan kitab ini.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

 

 

 

 

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ‎﴿٢٢﴾‏

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ)  yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa diulang tiap kali sambutan raya bagi menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Jika tahun sebelum ini Ramadhan dan Syawal sentiasa bermandi darah umat Islam Palestin maka tahun ini berlakunya perang yang dilancarkan oleh Israel. Sebenarnya bertujuan melakar Peta Baharu Asia Barat anjuran Zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat. Hal ini menepati perjuangan Zionis untuk mendirikan Israel Raya yang bersempadan dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq, dan dari Laut Mediterranean hingga Laut Merah, sekali gus mengubah peta Sykes-Picot.

Banyak analisa yang menyatakan bahawa serangan tidak bertamadun ini adalah strategi dalam memastikan tiada negara kuat anti zionis Yahudi dan sekutu jahatnya Amerika yang boleh menggugat negara penceroboh Israel sebagaimana dihancurnya Iraq, Libya dan sebagainya sebelum ini

Kita doakan agar peperangan ini tidak berlanjutan yang bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa malah memberi kesan besar termasuk keamanan dan ekonomi dunia. Tidak terkecuali kita di Malaysia turut terima tempiasnya yang memerlukan kita berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja

Kita doakan juga kemerdekaan tanah wakaf milik seluruh umat Islam bumi Palestin. Peperangan demi peperangan yang berlaku terutama di Asia Barat disebabkan berebut hasil bumi mengingatkan kita amaran nabi s.a.w antaranya

قَالَ الرَّسُوْلُ  :لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ، تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ: لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي أَنْجُو – رواه مسلم

Maksudnya : “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (di Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang akan berperang untuk merebutnya. Maka 99 daripada 100 orang akan terbunuh. Manakala masing-masing yang terlibat akan berkata, ‘Moga-moga akulah orang yang terselamat itu

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.

Tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal

قَالَ الرَّسُوْلُ  :مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          رواه مسلم

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى  فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,

Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.

اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ

Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti

.اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

By al-bakriah.com

Pondok Pasir Tumboh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *